Thursday 19 May 2022

CARTA ORGANISASI EKSA ZON MATAHARI KLINIK KESIHATAN KAMPAR TAHUN 2022

 



Peranan Ketua Zon

i. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli zon;
ii. Membentuk hala tuju dan pelan perancangan di peringkat
Bahagian;
iii. Membentuk jawatankuasa di peringkat Bahagian;
iv. Mengenalpasti liputan zon pelaksanaan EKSA di Bahagian;
v. Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada
ahli-ahli kumpulan;
vi. Melaksana aktiviti-aktiviti EKSA di peringkat Bahagian;
vii. Melaksanakan pembudayaan kreativiti dan Inovasi serta
tindakan penjimatan/ go green.
viii. Memantau pelaksanaan EKSA Bahagian; dan
ix. Memastikan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti
mana yang digariskan di peringkat Kementerian.

Peranan Setiausaha

i. Menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa
Pemandu Amalan EKSA dalam zon ;
ii. Menyelaraskan Program Amalan EKSA dalam zon ;
iii. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan
Amalan EKSA kepada Jawatan Kuasa Pemandu
EKSA;
iv. Menyimpan rekod utama dan minit berkait
dengan pelaksanaan Amalan EKSA
v. Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit;
vi. Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan
Amalan EKSA dalam organisasi; dan
vii. Memastikan aktiviti EKSA dijalankan secara sistematik dan
berterusan.

Peranan Bendahari

i. Menguruskan kewangan EKSA;
ii. Mengemaskini penyata kewangan yang telah digunakan
untuk program EKSA; dan
iii. Mengeluarkan penyata kira- kira setiap 6 bulan sekali.

Peranan Ahli-ahli

i. Memberikan komitmen secara berterusan dalam
pelaksanaan EKSA;
ii. Menyertai aktiviti EKSA secara aktif;
iii. Bekerjasama dalam zon; dan
iv. Menghadiri mesyuarat dan menyumbang idea bagi
menjayakan pelaksanaan EKSA di zon.

No comments:

Post a Comment