Thursday, 19 May 2022

Amalan 5S Sektor Awam

 

Sisih

Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak
diperlukan di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan:

a. Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera;
b. Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan
masa akan datang maka dihapuskan/dijual mengikut prosedur;
dan
c. Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk
dilupuskan perlu menentukan kaedah/kos yang paling rendah.

 Susun
Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada
barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur,
kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan:

a. Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu
Keluar Dulu);
b. Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item;
c. Menyimpan item mengikut kategori;
d. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam
masa 30 saat; dan
e. Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja
berada di atas meja, selepas digunakan fail dan item perlu
disimpan semula ke tempat asal.

 Sapu
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam
keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini
melibatkan:

a. Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin;
b. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual
yang telah ditetapkan; dan merekod dan melaporkan segala
kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.

Seragam
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi
memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa tindakan yang diambil
untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.

Sentiasa Amal

Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih,
susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk
mempertingkatkan amalan EKSA. Aktiviti ini melibatkan:
a. Audit dalaman dilakukan secara berkala;
b. Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan;
c. Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada
usaha yang ditunjukkan oleh warga PKDK; dan
d. Mengadakan program kesedaran amalan EKSA secara
berterusan melalui latihan.

No comments:

Post a Comment