PENGENALAN EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai
Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor
Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi
mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif
supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam. Langkah
penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan
dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing
organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif
dalam kalangan warga PKDK dan KK.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan
5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu.
EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan
sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan
menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.
Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
Imej korporat;
Kreativiti dan Inovasi;
Amalan Hijau;
Persekitaran Kondusif; dan
Kepelbagaian Agensi.