Tuesday 20 September 2022

AKTIVITI EKSA :SEBELUM DAN SELEPAS

AKTIVITI AKTIVITI MEMPERBAIKI TANDA TANDA EKSA TELAH DIBUAT OLEH ANGGOTA KESIHATAN. KAWASAN NAMPAK LEBIH BERIMAGE COPORATE DAN KEMAS. INI ADA SALAH SATU CONTOH : GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS " PERSON IN CHARGE" BILIK TELAH DIKEMAS KINI. SEBELUM I I GAMBAR GAMBAR TIDAK KEMAS KINI.

Thursday 15 September 2022

AMALAN HIJAU : PENJIMATAN TENAGA/AIR/KERTAS

Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di klinik dengan melaksanakan program seperti penjimatan sumber dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga secara optimum (eg : notis peringatan penjimatan elektrik)


Notis-notis penjimatan elektrik disediakan .


Meletakkan label penjimatan di komputer , padam screen dan bekalan elektik selepas digunakan.


Analisis penjimatan :
Sebelum letak tanda-tanda penjimatan elektrik dan kertas
Biasanya 1 bulan JPL akan guna hampir satu rim kertas A4, selepas tanda-tanda penjimatan diletakan,
hanya setangah rim A4 paper digunakan.





AKTIVITI EKSA :PENGLIBATAN PENGURUSAN ATASAN

 

< PEMBUKAAN RASMI BULAN AUDIT DALAMAN EKSA OLD DR ABDULLOH >

DR ABDULLOH BIN MAZALAN ( PEGAWAI KAWASAN DAERAH ) DAN 

DR NORITA YASMIN ( FMS KK KAMPAR ) SEBAGAI PENAUNG/PENASIHAT EKSA KK KAMPAR.



< DR YASMIN MENYERTAI AKTIVITI EKSA IA ITU GOTONG ROYONG DI KK KAMPAR DAN MENGEMASKAN BILIK FMS DENGAN SISTER FAZILAH >


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN NASIHAT DR ABDULLOH DAN DR YASMIN .


AKTIVITI EKSA : PEMBUDAYAAN KREATIVITI DAN INOVASI

DI KK KAMPAR PROGRAM INOVASI TELAH DIADAKAN DENGAN BERPERINGKAT SEPANJANG TAHUN.

TAMAN HERBAL DICIPTA.

HIASAN TAMAN HERBAL DIBUAT DARIPADA PIPE YANG LAMA DARI KREATIVITI PARA ANGGOTA KK KAMAPR.

PASU-PASU BUNGA YANG TERPAKAI DIBAWA DARI RUMAH ANGGOTA KESIHATAN DICAT BALIK DAN DIGUNAKAN DI TAMAN HERBAL.



KERATIVITI GUNA KAYU LAMA DIBUAT SEBAGAI BIN RECYCLE 





GOTONG ROYONG BERPERINGKAT UNIT-UNIT KK KAMPAR

AKTIVITI: GOTONG-ROYONG BERPERINGKAT KK KAMPAR

TARIKH:DARI  1HB SEP 22 KE 20HB SEP

UNIT-UNIT KK KAMPAR : UNIT JABATAN PESAKIT LUAR , UNIT MCH , UNIT KAUNTER,UNIT LAB DAN UNIT PHARMACY TELAH MEJALANKAN GOTONG-ROYONG UNTUK MEMBERPAIKI KAWASAN KERJA DAN TEMPAT MASING -MASING.

GOTONG ROYONG INI MELIBATKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI DALAM PERMIS.SUSUN SISIH SAPU DIPRAKTIKKAN WARGA STAF KLINIK KESIHATAN KAMPAR.

SELAIN ITU TANDA-TANDA EKSA YANG LAMA CTH TANDA JIMAT AIR,PERSON IN CHARGE BILIK JUGA DIGANTI DENGAN BARU .

GAMBAR : GOTONG ROYONG DI JABATAN PESAKIT LUAR 




GAMBAR  : GOTONG ROYONG DI UNIT MCH 
                        TEMPAT KERJA DIKEMASKAN 


GAMBAR :GOTONG ROYONG DI UNIT PHARMACY.STOR PHARMACY DIKEMASKAN , KOTAK-KOTAK UBAT STOK BARU DISUSUN DENGAN TERATUR DAN BERLABEL.




GAMBAR : PEMBERSIHAN DI BILIK-BILIK ,TANDA-TANDA ATAU NOTIS YANG LAMA DIGANTIKAN DENGAN YANG BARU .



SELEPAS GOTONG ROYONG , SUASANA TEMPAT KERJA LEBIH BERSIH ,KEMAS .

TERIMA KASIH SEMUA ANGGOTA KK KAMPAR .

GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS AKAN TUNJUK DI POST SELEPAS INI .



Tuesday 23 August 2022

AKTIVITI EKSA : Tindakan Penjimatan / Go green

Untuk amalkan innovasi dan Dasar GO GREEN

Pihak klinik kesihatan telah menyediakan kotak kotak recycle untuk para pelanggan dan anggota-anggota kesihatan supaya bahan-bahan seperti kertas, tin aluminium, kaca boleh recycle dan diguna balik.

Selain itu kotak-kotak recycle juga dibuat dengan kayu-kayu yang lama dan tidak digunakan atas innovasi dan creativity oleh para anggota kesihatan.



kotak-kotak lama dikitar semula 






Daun serai wangi dari Taman Herbal KK Kampar juga digunakan sebagai pengwangi "Natural" di tandas.





Taman Herbal KK Kampar 




Zebra comel yang dibuat daripada pipe air yang lama 👇


AKTIVITI EKSA: TAKLIMAT DAN LATIHAN EKSA ZON MATAHARI SESI 2/2022

LAPORAN TAKLIMAT DAN LATIHAN EKSA ZON MATAHARI SESI 2/2022

TARIKH   : 18 Aug 22


MASA     : 4 petang – 5 petang


TEMPAT : RUANG LEGAR MCH

Taklimat dan latihan berkenaan EKSA telah diberikan kepada anggota-anggota KK Kampar.Sebanyak 16 orang anggota kesihatan telah hadir ke Taklimat EKSA ini. Taklimat ringkas ini bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran anggota mengenai EKSA supaya mereka sentiasa mengamalkan EKSA di tempat kerja.

Taklimat ini dianjurkan sama dengan team HPC dan Healthy setting. 


Antara intipati taklimat adalah :




  • Dasar EKSA 
  • Kepentingan EKSA

  • Latihan komponen di dalam EKSA


Thursday 19 May 2022

AKTIVITI EKSA : 01 APRIL 2022 Latihan Kesedaran EKSA kepada anggota di zon Matahari

TARIKH : 01 . 04. 2022

MASA : 3PM - 5PM

TEMPAT : RUANG MENUNGGU MCH KK KAMPAR

AKTIVITI : LATIHAN KESEDARAN EKSA KEPADA ANGGOTA DI ZON MATAHARI


UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN EKSA KEPADA STAF DI ZON MATAHARI KK KAMPAR .

CERAMAH DIBERI OLEH EN MOHAMAD FIRDAUS (SETIAUSAHA EKSA PKD KAMPAR ) DIADAKAN PADA 1 APRIL 2022 .

SERAMAI 17 ORANG ANGGOTA KK KAMPAR TERMASUK DOKTOR , JURURAWAT , PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN , PEGAWAI PHARMASI DAN PEGAWAI MAKMAL TELAH MENYERTAI CEREMAH TERSEBUT .

BANYAK MAKLUMAT BARU DIBERIKAN DAN BERMANFAAT.








BADGE KECIL DIBERIKAN KEPADA ANGGOTA SELEPAS MENYERTAI CERAMAH







GARIS PANDUAN EKSA

 GARIS PANDUAN EKSA PKD KAMPAR <SILA TEKAN>





Amalan 5S Sektor Awam

 

Sisih

Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak
diperlukan di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan:

a. Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera;
b. Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan
masa akan datang maka dihapuskan/dijual mengikut prosedur;
dan
c. Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk
dilupuskan perlu menentukan kaedah/kos yang paling rendah.

 Susun
Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada
barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur,
kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan:

a. Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu
Keluar Dulu);
b. Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item;
c. Menyimpan item mengikut kategori;
d. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam
masa 30 saat; dan
e. Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja
berada di atas meja, selepas digunakan fail dan item perlu
disimpan semula ke tempat asal.

 Sapu
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam
keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini
melibatkan:

a. Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin;
b. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual
yang telah ditetapkan; dan merekod dan melaporkan segala
kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.

Seragam
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi
memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa tindakan yang diambil
untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.

Sentiasa Amal

Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih,
susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk
mempertingkatkan amalan EKSA. Aktiviti ini melibatkan:
a. Audit dalaman dilakukan secara berkala;
b. Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan;
c. Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada
usaha yang ditunjukkan oleh warga PKDK; dan
d. Mengadakan program kesedaran amalan EKSA secara
berterusan melalui latihan.

PENGENALAN EKSA

PENGENALAN EKSA


Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai

Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor

Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi

mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif

supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam. Langkah

penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan

dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing

organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif

dalam kalangan warga PKDK dan KK.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan

5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu.

EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan

sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan

menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:


 Imej korporat;

 Kreativiti dan Inovasi;

 Amalan Hijau;

 Persekitaran Kondusif; dan

 Kepelbagaian Agensi.



CARTA ORGANISASI EKSA ZON MATAHARI KLINIK KESIHATAN KAMPAR TAHUN 2022

 



Peranan Ketua Zon

i. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli zon;
ii. Membentuk hala tuju dan pelan perancangan di peringkat
Bahagian;
iii. Membentuk jawatankuasa di peringkat Bahagian;
iv. Mengenalpasti liputan zon pelaksanaan EKSA di Bahagian;
v. Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada
ahli-ahli kumpulan;
vi. Melaksana aktiviti-aktiviti EKSA di peringkat Bahagian;
vii. Melaksanakan pembudayaan kreativiti dan Inovasi serta
tindakan penjimatan/ go green.
viii. Memantau pelaksanaan EKSA Bahagian; dan
ix. Memastikan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti
mana yang digariskan di peringkat Kementerian.

Peranan Setiausaha

i. Menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa
Pemandu Amalan EKSA dalam zon ;
ii. Menyelaraskan Program Amalan EKSA dalam zon ;
iii. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan
Amalan EKSA kepada Jawatan Kuasa Pemandu
EKSA;
iv. Menyimpan rekod utama dan minit berkait
dengan pelaksanaan Amalan EKSA
v. Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit;
vi. Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan
Amalan EKSA dalam organisasi; dan
vii. Memastikan aktiviti EKSA dijalankan secara sistematik dan
berterusan.

Peranan Bendahari

i. Menguruskan kewangan EKSA;
ii. Mengemaskini penyata kewangan yang telah digunakan
untuk program EKSA; dan
iii. Mengeluarkan penyata kira- kira setiap 6 bulan sekali.

Peranan Ahli-ahli

i. Memberikan komitmen secara berterusan dalam
pelaksanaan EKSA;
ii. Menyertai aktiviti EKSA secara aktif;
iii. Bekerjasama dalam zon; dan
iv. Menghadiri mesyuarat dan menyumbang idea bagi
menjayakan pelaksanaan EKSA di zon.

Objektif EKSA

Objektif EKSA

a. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan

selesa pada setiap masa;

b. Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja

berpasukan di kalangan warga PKDK;

c. Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap

perkhidmatan yang ditawarkan; dan

d. Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.

DASAR EKSA AGENSI

 


Dasar EKSA

“Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada

peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran

kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.”

SELAMAT DATANG KE BLOG EKSA KLINIK KESIHATAN KAMPAR , PERAK

 


Saturday 30 April 2022

AKTIVITI EKSA :MINIT MESYUARAT EKSA ZON MATAHARI BIL 1/2022 TEMPAT : BILIK 4 JPL TARIKH : 22.4.2022 @ 2.30 PM

 MINIT MESYUARAT EKSA ZON MATAHARI BIL 1/2022

TEMPAT : BILIK 4 JPL

TARIKH : 22.4.2022 @ 2.30 PM



KEHADIRAN: 



BIL



NAMA ANGGOTA


TEMPAT BERTUGAS

1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8. 


9. 


10.

Dr. Chee Sin Yee


En.Mohd Firdaus  Bin Abdul Rashid


Puan Rokiah bt Ahamad


Puan Fazilah Bt Mohamad Ibrahim


Cik Nuramirah Bt Zulkifli


En Raja Azman Shah Bin Raja Lop


Puan Salfinazira Bt Mohamd Nasir


Puan Balqis Husna Bt Shahabudin


Puan Shaneeze Bt Razaddin


En hamizan Syafiq Bin Sahrin



KK Kampar


Unit OT


Unit Pesakit Luar


Unit MCH 


Unit Farmasi


Unit Pemandu


Unit Pesakit Luar


Unit MCH


Unit Makmal


Unit Pesakit Luar




AGENDA MESYUARAT :

  1. Ucapan aluan Puan Pengerusi

Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Dr Chee.



  1. Perkara berbangkit :

    1. Aktiviti mingguan EKSA

Puan Pengerusi meminta maklumbalas perkembangan EKSA setiap unit.

Semua unit diingatkan menjalankan EKSA setiap hari jumaat sebelah petang.

Tindakan : Makluman Semua



  1. Garispanduan EKSA

Garispanduan EKSA diteliti bersama dengan ahli mesyuarat.Dibentang oleh En Mohd Firdaus (AJK Induk)

  1. Penekanan terhadap perlaksanaan amalan EKSA kepada 12 kategori :

  1. Keperluan sudut EKSA

  2. Keperluan fail induk, audit, latihan, promosi dan zon.

  3. Ruang pejabat.

  4. Ruang kerja dan bilik pegawai

  5. Bahagian pengeluaran

  6. Tempat penyimpanan / stor.

  7. Tempat umum.

  8. Kawasan persekitaran.

  9. Keupayaan sumber manusia.

  10. Keselamatan persekitaran.

  11. Pembudayaan kreativiti dan inovasi.

  12. Amalan hijau.


Tindakan : Makluman Semua


      2.2.2    Keperluan sudut EKSA bagi setiap zon mesti dipenuhi. 

Tindakan : Semua AJK


  1. Ruang Pejabat

-Ruang pejabat mestilah berkeadaan baik, selamat dan disusun dengan  

  kemas.

-Susunan fail hendaklah teratur, mudah diperolehi, disimpan dan  

  bersistem. Contohnya fail boleh dicari dalam tempoh 30 saat.

-Pelan susunatur perlu disediakan.

-Kabinet fail perlu dilabelkan jenis dokumen dan dilatakkan indek.

-Fail disusun menegak dengan tetulang menghala ke atas.

-Disusun dengan kemas dan mengikut nombor siri.

-Sistem pergerakan fail perlu diwujudkan.


-Perlabelan tetulang fail mengandungi :

         - logo kami sedia membantu

      - Singkatan nama Jabatan, Bahagian, Cawangan/unit.

         - Mempunyai garis pemisah antara unit dan logo KKM.

         - Tajuk fail.

         - Nombor susunan fail.


-Muka depan fail mengandungi :

         - Logo Kami Sedia Membantu

         - Nama unit / cawangan

         - Tajuk

         - Nama Jabatan/Bahagian

                   -Menggunakan jenis tulisan arial dan saiz mengikut kesesuaian fail.

                   -Penggunaan warna bagi setiap unit :

        Semua Unit di Zon Matahari KK Kampar - Hijau

Tindakan : Makluman Semua


  1. Hiasan Dalaman

- Semua hiasan dalaman mestilah bersesuaian dengan imej Jabatan.

- Tidak keterlaluan dari segi kuantiti dan dikemaskini.

- Dinding yang kotor akibat kesan tampalan hendaklah dibersihkan.

- Penggunaan pokok hiasan adalah tidak digalakkan.


Tindakan : Makluman Semua


  1. Tanda Arah

-Tanda arah mestilah diletakkan.

-Tanda penjimatan elektrik seperti “sila padamkan lampu selepas digunakan” hendaklah diletakkan di setiap suis.

-Setiap bilik yang digunakan hendaklah diletakkan tanda nama “person incharge”beserta gambar dan nombor untuk dihubungi.


Tindakan : Makluman Semua


  1. Ruang kerja atau bilik pegawai:

-Laci paling atas dilabelkan “alat tulis”

-Laci tengah “dokumen”

-Laci bawah “peribadi”

Semua pegawai hendaklah patuh dengan laci yang dilabel.


Tindakan : Makluman Semua


  1. Stor

-Pintu stor mestilah mempunyai tanda amaran “Dilarang masuk”

-Dalam stor 

        - Terdapat label /abjad bagi setiap barang

        - Sistem rekod yang sesuai

        - Tidak terdapat sampah atau sisa bahan.

-Cara penyimpanan barang dalam stor:

         - Barang-barang disusun dengan kemas dan teratur.

         - Disusun dengan sistem “FIFO”

         - Ruang stor dibahagi mengikut kumpulan barang.

         - Kad bin mestilah diletakkan bersama dengan barang.

  -Pegawai yang bertanggungjawab menjaga stor hendaklah memastikan  

   kebersihan dalam stor sentiasa dijaga.  


Tindakan : Makluman Semua









  1. Lain- lain pekara :

    1. Cadangan Hari Kitar Semula. Tarikh akan ditetapkan kemudian.

    2. Gotong Royong Perdana. Tarikh akan ditetapkan kemudian.

    3. Taklimat Pemurnian Semula/ Refressher. Tarikh ditetapkan semula.



   

  1.  Penutup 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 pm. Puan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih.






Pencatit Minit:                                                                         Disahkan oleh:


………………                                                                          ………………..

(Fazilah Binti Mohamad Ibrahim)                                         ( Dr Chee Sin Yee)