Saturday 30 April 2022

AKTIVITI EKSA :MINIT MESYUARAT EKSA ZON MATAHARI BIL 1/2022 TEMPAT : BILIK 4 JPL TARIKH : 22.4.2022 @ 2.30 PM

 MINIT MESYUARAT EKSA ZON MATAHARI BIL 1/2022

TEMPAT : BILIK 4 JPL

TARIKH : 22.4.2022 @ 2.30 PM



KEHADIRAN: 



BIL



NAMA ANGGOTA


TEMPAT BERTUGAS

1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8. 


9. 


10.

Dr. Chee Sin Yee


En.Mohd Firdaus  Bin Abdul Rashid


Puan Rokiah bt Ahamad


Puan Fazilah Bt Mohamad Ibrahim


Cik Nuramirah Bt Zulkifli


En Raja Azman Shah Bin Raja Lop


Puan Salfinazira Bt Mohamd Nasir


Puan Balqis Husna Bt Shahabudin


Puan Shaneeze Bt Razaddin


En hamizan Syafiq Bin Sahrin



KK Kampar


Unit OT


Unit Pesakit Luar


Unit MCH 


Unit Farmasi


Unit Pemandu


Unit Pesakit Luar


Unit MCH


Unit Makmal


Unit Pesakit Luar




AGENDA MESYUARAT :

  1. Ucapan aluan Puan Pengerusi

Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Dr Chee.



  1. Perkara berbangkit :

    1. Aktiviti mingguan EKSA

Puan Pengerusi meminta maklumbalas perkembangan EKSA setiap unit.

Semua unit diingatkan menjalankan EKSA setiap hari jumaat sebelah petang.

Tindakan : Makluman Semua



  1. Garispanduan EKSA

Garispanduan EKSA diteliti bersama dengan ahli mesyuarat.Dibentang oleh En Mohd Firdaus (AJK Induk)

  1. Penekanan terhadap perlaksanaan amalan EKSA kepada 12 kategori :

  1. Keperluan sudut EKSA

  2. Keperluan fail induk, audit, latihan, promosi dan zon.

  3. Ruang pejabat.

  4. Ruang kerja dan bilik pegawai

  5. Bahagian pengeluaran

  6. Tempat penyimpanan / stor.

  7. Tempat umum.

  8. Kawasan persekitaran.

  9. Keupayaan sumber manusia.

  10. Keselamatan persekitaran.

  11. Pembudayaan kreativiti dan inovasi.

  12. Amalan hijau.


Tindakan : Makluman Semua


      2.2.2    Keperluan sudut EKSA bagi setiap zon mesti dipenuhi. 

Tindakan : Semua AJK


  1. Ruang Pejabat

-Ruang pejabat mestilah berkeadaan baik, selamat dan disusun dengan  

  kemas.

-Susunan fail hendaklah teratur, mudah diperolehi, disimpan dan  

  bersistem. Contohnya fail boleh dicari dalam tempoh 30 saat.

-Pelan susunatur perlu disediakan.

-Kabinet fail perlu dilabelkan jenis dokumen dan dilatakkan indek.

-Fail disusun menegak dengan tetulang menghala ke atas.

-Disusun dengan kemas dan mengikut nombor siri.

-Sistem pergerakan fail perlu diwujudkan.


-Perlabelan tetulang fail mengandungi :

         - logo kami sedia membantu

      - Singkatan nama Jabatan, Bahagian, Cawangan/unit.

         - Mempunyai garis pemisah antara unit dan logo KKM.

         - Tajuk fail.

         - Nombor susunan fail.


-Muka depan fail mengandungi :

         - Logo Kami Sedia Membantu

         - Nama unit / cawangan

         - Tajuk

         - Nama Jabatan/Bahagian

                   -Menggunakan jenis tulisan arial dan saiz mengikut kesesuaian fail.

                   -Penggunaan warna bagi setiap unit :

        Semua Unit di Zon Matahari KK Kampar - Hijau

Tindakan : Makluman Semua


  1. Hiasan Dalaman

- Semua hiasan dalaman mestilah bersesuaian dengan imej Jabatan.

- Tidak keterlaluan dari segi kuantiti dan dikemaskini.

- Dinding yang kotor akibat kesan tampalan hendaklah dibersihkan.

- Penggunaan pokok hiasan adalah tidak digalakkan.


Tindakan : Makluman Semua


  1. Tanda Arah

-Tanda arah mestilah diletakkan.

-Tanda penjimatan elektrik seperti “sila padamkan lampu selepas digunakan” hendaklah diletakkan di setiap suis.

-Setiap bilik yang digunakan hendaklah diletakkan tanda nama “person incharge”beserta gambar dan nombor untuk dihubungi.


Tindakan : Makluman Semua


  1. Ruang kerja atau bilik pegawai:

-Laci paling atas dilabelkan “alat tulis”

-Laci tengah “dokumen”

-Laci bawah “peribadi”

Semua pegawai hendaklah patuh dengan laci yang dilabel.


Tindakan : Makluman Semua


  1. Stor

-Pintu stor mestilah mempunyai tanda amaran “Dilarang masuk”

-Dalam stor 

        - Terdapat label /abjad bagi setiap barang

        - Sistem rekod yang sesuai

        - Tidak terdapat sampah atau sisa bahan.

-Cara penyimpanan barang dalam stor:

         - Barang-barang disusun dengan kemas dan teratur.

         - Disusun dengan sistem “FIFO”

         - Ruang stor dibahagi mengikut kumpulan barang.

         - Kad bin mestilah diletakkan bersama dengan barang.

  -Pegawai yang bertanggungjawab menjaga stor hendaklah memastikan  

   kebersihan dalam stor sentiasa dijaga.  


Tindakan : Makluman Semua









  1. Lain- lain pekara :

    1. Cadangan Hari Kitar Semula. Tarikh akan ditetapkan kemudian.

    2. Gotong Royong Perdana. Tarikh akan ditetapkan kemudian.

    3. Taklimat Pemurnian Semula/ Refressher. Tarikh ditetapkan semula.



   

  1.  Penutup 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 pm. Puan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih.






Pencatit Minit:                                                                         Disahkan oleh:


………………                                                                          ………………..

(Fazilah Binti Mohamad Ibrahim)                                         ( Dr Chee Sin Yee)